Wednesday, November 9, 2011

Mengikut jejak jurugambar tertentu..adakah ia laluan kejayaan @ jalan kegagalan..?


Saya selalu ditanya kawan-kawan yg membuat keputusan untuk menjadi jurugambar ?

" Mohar..bagaimana saya boleh menjadi seorang jurugambar yang berjaya?"

Namun, soalan itu bagi saya adalah susah untuk dijawab... bagi saya jika saya cuba untuk menjawab soalan mereka dengan mengatakan anda perlu menjadi seperti jurugambar yg telah berjaya, saya dengan segera akan meletakkan mereka di atas jalan kegagalan. Kenapa saya kata begitu..? begini sebabnya.

Anda lihat, setiap orang mempunyai visi & misi @ matlamat untuk kejayaan mereka sendiri.

Setengah jurugambar melihat perniagaan fotografi boleh membawa masuk pendapatan yang cukup utk mereka...dengan merakam gambar perkahwinan beberapa kali sebulan, bayaran upah kerja mereka cukup untuk membawa masuk pendapatan yang cukup untuk mereka membayar bil-bil. Itulah matlamat mereka.

Sesetengah jurugambar lain memilih untuk menjadi jurugambar yang terbaik.. dikenali di dunia. Mereka mahu mengembara ke seluruh dunia melalui fotografi, menjual gambar mereka kepada syarikat penerbitan terbaik, dan memberikan persembahan di pameran fotografi yang terbaik dan tertinggi.

Kedua-dua mereka ini akan dianggap berjaya jika mereka mencapai matlamat yg mereka tetapkan untuk diri mereka sendiri. Namun, jika saya cuba dari awal tadi untuk mentakrifkan kejayaan mereka berdasarkan kejayaan orang lain ianya bagi saya agak pelik, janggal dan amat tidak tepat.

Jadi, bagi saya jika anda ingin mengikuti jalan kegagalan,ambillah panduan untuk berjaya dari jurugambar tertentu dan cuba untuk mengikuti jejak langkah mereka secara detail tanpa menetapkan matlamat anda sendiri.

Tetapi jika anda mahu untuk mencipta laluan untuk kejayaan, ambillah panduan dan gunakan strategi jurugambar tersebut untuk menggerakkan anda ke hadapan mengikut matlamat yg anda tetapkan.

Apa pendapat anda pula...?

Saturday, November 5, 2011

Amalan Di Di Bulan Zulhijjah ( Hari Wuquf)

DALAM bulan Zulhijah yang mulia ini, ada satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah SWT, selain daripada Jumaat iaitu pada 9 Zulhijah yang lebih dikenali sebagai hari Arafah. Hari Arafah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah, satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji.


Pada hari itu, Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh kerana itu, hari keesokannya ialah Aidiladha, hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam dengan menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah SWT seperti berjihad pada jalan Allah SWT tidak akan dapat meraih ganjaran istimewa sepuluh hari Zulhijah itu melainkan apabila seseorang Muslim itu tercedera atau mati syahid atau kudanya mati dalam medan peperangan.
Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Sahabat bertanya, “Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?”. Jawab Baginda, “Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. (Hadis Bukhari)

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. juga bersabda,
“Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadis Ahmad).

Pada hari Arafah, setiap jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia akan melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Amalan wukuf adalah satu perhimpunan besar manusia padang dengan bahang terik mentari, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak.

Oleh itu, setiap insan wajib muhasabah diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa tersebut di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.
Dari sudut sejarahnya, ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Arafah itu berasal dari pertemuan kembali Nabi Allah Adam dan isterinya Siti Hawa yang diturunkan ke bumi secara berasingan dan akhirnya mereka bertemu kembali di lembah yang dikenali sekarang dengan Padang Arafah. Ada juga ulama yang me-nyatakan bahawa ia berasal dari peristiwa pertemuan Nabi Allah Ibrahim dengan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Nabi Allah Ismail AS yang lama berpisah.

Sebahagian ulama pula berpendapat perkataan Arafah itu adalah hasil pemahaman Nabi Ibrahim yang menghayati perintah Allah SWT yang tersirat di dalam mimpinya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail. Oleh kerana itulah, hari Wukuf di Arafah juga dikenali sebagai hari Tarwiyah yang bermaksud hari renungan. Dikisahkan, Nabi Ibrahim sentiasa merenung dan mengimbas kembali mimpinya berturut-turut dan akhirnya Baginda faham (Arafa) maksud mimpi dan terus melaksanakan mimpi berkenaan.

Selanjutnya, perhimpunan secara besar-besaran di Padang Arafah menyaksikan suatu jalinan kemas persaudaraan Islam dan juga kesatuan ummah yang utuh agar mereka bersatu teguh dan bersemangat padu dalam meneruskan kesinambungan Islam untuk bertapak di atas bumi Allah ini, bahkan juga meneruskan tradisi kecemerlangan Islam yang telah dirintis oleh generasi Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat serta generasi selepasnya.

Tambahan pula, jalinan yang terbina atas paksi ketakwaan ini dengan pakaian ihram yang sama putih, tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang, umat Islam melupakan segala prejudis perkauman atau kebangsaan, warna kulit, taraf kedudukan, kekeluargaan dan sebagainya. semuanya ini adalah untuk menyedarkan umat manusia bahawa mereka semua pada hakikatnya adalah sama rata di sisi Allah dan mereka semuanya pada hakikatnya berasal daripada tanah.

Begitulah antara kelebihan yang terhampar pada sepuluh hari Zulhijjah yang sewajarnya direbut setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Muslim yang beriman akan sentiasa mengintai peluang keemasan yang disediakan Allah SWT pada sepanjang masa dan seterusnya memanfaatkannya demi meraih keredaan-Nya dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak. Muslim yang paling bijaksana di sisi Allah SWT ialah seorang Muslim yang sentiasa bermuhasabah diri dan beramal untuk hari kemudian.

wallahu a'alam

Report : Seminar Advanced Marketing Power 28-30 Okt 2011- Dr. Azizan Osman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah baru-baru ini saya berkesempatan belajar tentang marketing dengan Dr. Azizan Osman di Seminar Advanced Marketing Power yg telah dianjur oleh beliau.


3 hari sebelum menghadiri seminar advanced marketing power pada 28-30 okt 2011 di Kuala Lumpur, saya ada mengajak seorang kawan untuk sama - sama mencedok ilmu marketing yg akan diajar oleh Dr. Azizan Osman..tetapi jawapan yg diberi agak mengecewakan saya.
" Hilmi..Dr. Azize tarikh lahir tu ko..? hok dulu masuk dale surat kaba...oooo...tok soh gi lah dio ngajar buke-buke tuh...bodo kalu mung gi...!!!" (dalam dailek Kelantan). tergamam sejenak saya..termenung dua jenak...dan terfikir berjenak-jenak...! di dalam hati berkata.. " bodoh ke kalau aku pergi..? atau bodoh kalau aku tak pergi..? kata-kata kawan itu membuat saya was-was untuk pergi..namun bayaran telah dibuat dan jauh di sudut hati saya betul-betul ingin belajar marketing dan ingin berjaya.

27 okt 2011 jam 7.45 malam saya tekad memulakan perjalanan seorg diri menaiki kereta kennna....( tolong baca dalam dailek arab sikit - kenari lah tu) hehehe.. menuju ke Kuala Lumpur untuk mencedok Ilmu marketing yg akan disampaikan oleh Dr. azizan Osman walaupun dalam hati berbelah bagi " adakah ia bermanfaat atau tidak..?

namun saya tekad juga utk pergi atas dasar :
1- saya telah melihat dengan dgn mata saya, mendengar dgn telinga saya, apa yg telah disampaikan Dr. Azizan semasa sesi preview di Kota Bharu...so, saya kena buat keputusan berdasarkan apa yg saya lihat dan dengar serta menggunakan kepala hotak (akal) saya...bukan guna org lain punya hotak..hehehe.
2- saya teringat pepatah Arab yg bermaksud " Lihat pada apa yg dikatakan seseorang, jgn lihat pada siapa yg berkata" maksudnya kita mesti mengambil Ilmu yg baik dari sesiapapun..walau org itu bukan org baik... jgn dilihat pada tubuh badannya. bukan bermaksud saya mengatakan Dr. Azizan tidak baik...cuma dari pepatah itu kita faham bahawa ambillah ilmu (hikmah) yg baik dari sesiapa pun..
3- saya lahir tempat yg sama Dr. Azizan Osman lahir...di lorong Merican, Langgar, Kota Bharu, Kelantan. mudah-mudahan tempat lahir sama akan memberi impak yg sama berjaya seperti Dr. Azizan Osman...hehehe.

Dan ternyata pabila melangkah masuk ke Dewan MCA...Dr. Azizan Osman betul-betul telah membasuh otak saya... membuang Budak kecik yg berada dlm diri saya..membuat saya steam..hehehe..merangsang lah tuh...merangsang saya utk terus berjaya. Ilmu yg diberikan dalam marketing cukup simple tapi amat praktikal.  Juga Ilmu berkenaan sikap dan perangai...sememangnya kita perlu berubah untuk KAYA dan BERJAYA. 

Dan yang paling penting untuk berjaya kita kena pilih kawan..dan jauhkan diri dari anasir-anasir yg tidak baik. dengan kata lain jauhi dari biawak-biawak komodo yg ada di sekeliling kita.. Apa yang saya perolehi kesan daripada seminar tersebut amat hebat sekali.

Kuasa Tindakan amat penting dalam kehidupan kita...! Terima kasih Dr. Azizan Osman diatas ilmu yang disampaikan kpd saya. Semoga Dr. Azizan terus SIHAT, KAYA dan BERJAYA Dunia & Akhirat.
Bagi yg anda yg belum hadir seminar Dr. Azizan Osman...ANDA WAJIB HADIR...! 

Wednesday, November 2, 2011

Stesen Shell pertama di Malaysia Menggunakan Bom Atom

saya nak berkongsi sedikit idea kpd bisnes owner yg nak jadi JUTAWAN..

nak cpt jadi jutawan anda kenalah buat senjata marketing yg paling jitu..macam bom atom. maksud saya BUATLAH VIDEO MONTAJ PROFILE SYARIKAT ANDA..!

pastu anda upload kat facebook, youtube, vimeo dan lain2 lagilah.. barulah kedai anda jadi 24jam sehari...pastu plak seluruh dunia boleh tgk dan akan tau anda punya bisnes...ish......ish...ish..memang cepatlah anda jadi JUTAWAN terpaksa...!!! amacam...? boleh..boleh..?

Tahukah anda bahawa Shell Ayer Keroh - R.A Talang adalah shell yg menduduki ranking pertama di Malaysia...? shell tersebut menggunakan senjata marketing yg terbaik abad ini.."VIDEO MONTAJ"..

so, kalau shell stesen pun guna montaj takkan anda dok tgk saja montaj dia...fikir2lah...! Amacam...nak...nak...!? buatlah tindakan segera...now or never...!

lepas tgk video ni hubungi saya...utk saya berikan anda VIDEO MONTAJ PERCUMA* kerana saya pakar dalam membantu anda utk menjadi jutawan terpaksa.
serahkan kepada pakar video Montaj utk membuat anda jadi JUTAWAN..

Bertindak sekarang...!!! jangan tunggu tahun depan untuk anda menjadi JUTAWAN...!!!

Video By Mohar Photovideo
Montaj By Aras Design & Multimedia Centre.

*terma dan syarat.