Monday, August 22, 2011

Perkhidmatan suntingan video @ foto Montaj

Mohar photography @ mohar photovideo menyediakan perkhidmatan suntingan (editing) video atau gambar berbentuk montaj. seperti video atau gambar perkahwinan/fiesta/hari raya/percutian dan lain-lain.

Kepada sesiapa yg ingin menggunakan khidmat kami boleh menghubungi kami.
juga kepada tuan/puan yang mengusahakan butik pengantin/Andaman hubungan niaga dialu-alukan.
Bagi tuan/puan yang dari outstation, bolehlah kurier tape-tape tersebut kepada kami dan DVD yang telah siap akan di poskan semula kepada tuan/puan.

Pakej Suntingan Video : hanya RM250 - Suntingan video kepada 30-50 minit.
- Pelanggan boleh memilih musik latar.
- 2 VCD/DVD Yang Telah Disunting disertakan.
- Kotak DVD rekaan khas turut disertakan.

Pakej Suntingan gambar (montaj) : hanya RM100 - Suntingan gambar montaj panjang mengikut sesebuah musik latar.
- 20 keping gambar atau lebih mengikut music latar.
- 2 VCD/DVD Yang Telah Disunting disertakan.
- Kotak DVD rekaan khas turut disertakan.

antara contoh photo montaj yg di sunting oleh mohar photography @ mohar photovideo bolehlah dilihat di link ini:

http://vimeo.com/27937224

Tuesday, August 9, 2011

Hobi & minat anda boleh menjana pendapatan

Mungkin anda tersenyum dengan apa yang saya katakan.

Hakikatnya ia benar-benar mampu menghasilkan lebih wang.

Tanyalah kepada mereka-mereka yang berjaya dalam perniagaan mereka, adakah tanpa minat mereka mampu meraih kejayaan?

Minat dan hobi bolehlah disama ertikan. Anda tidak perlu menyewa kedai yang mahal hanya untuk menghasilkan wang dari hobi dan minat anda.

Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila anda disuruh melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak berminat untuk melakukannya.

Sudah tentulah hasil yang anda perolehi tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak sempurna dan selesai.
Oleh itu tidak hairanlah jika anda mendapati ramai orang sering bertukar-tukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut.

Mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan jiwa dan minat mereka.

Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak berlaku perubahan.

Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya didalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati. Contohnya untuk berniaga, anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tidak berpengalaman sebelumnya.

Walaubagaimana pun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Malah anda boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung.

Contohnya jika anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.

•Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir.
•Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.
•Jika anda seorang mekanik,anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang juruletrik.
•Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan, mengadakan kertas kerja dan kursus.
Jika anda seorang jurufoto, anda juga boleh menawarkan khidmat fotografi seperti merakam gambar perkahwinan dan lain-lain, juga boleh mengadakan kelas dan kursus fotografi.
•Jika anda seorang peladang, petani, penternak anda boleh mengadakan satu program lawatan ke ladang , pusat ternakan sebagai satu pakej pelancungan.
•Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan, mengadakan seminar perniagaan,pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.
•Jika anda seorang penulis pelan anda boleh mengambil upah melukis pelan rumah, mengajar melukis pelan dan lain-lain.
•Jika anda seorang akauntan , anda boleh mengambil upah perakaunan daripada syarikat-syarikat kecil.
•Jika anda seorang peguam, anda boleh mengambil upah untuk khidmat berbagai perkara dibidang guaman.
•Jika anda seorang penyanyi, anda boleh mengadakan bengkel atau kelas vokal mengadakan pertandingan nyanyian dan sebagainya.
Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud didalam diri sendiri.
Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja hobi dan kemahiran anda boleh temui jika anda menjadikannya sebagai satu peluang perniagaan.

Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba.

Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.

selamat berniaga...

Thursday, August 4, 2011

Perkongsian Ilmu Fotografi bersama Mohar Photovideo

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan sekali lagi berkongsi ilmu fotografi melalui kelas PERSONAL COACHING.

Mohar Photovideo memberi pilihan kepada peserta samada belajar di rumah sendiri atau di studio Mohar Photovideo. Bagi yg ingin merasa kebebasan dan keselesaan bolehlah memilih untuk belajar di rumah sendiri, dan peserta kali ini (Nur Aida) memilih utk mengadakan kelas di rumah beliau di Kubang Kerian, Kelantan.

kelas personal coaching kali ini berjalan selama 5 jam bermula jam 9pagi sehingga jam 2petang. walaupun peserta menggunakan kamera Canon 500D dan saya pengguna Nikon, perbezaan itu tidak menjadi masalah bahkan alhamdulillah kami dapat berinteraksi dan memahami terma-terma diantara 2 kamera itu dengan baik dan saya rasa perkongsian ini dapat membantu beliau untuk memahami beberapa perkara asas dan advanced. antara perkongsian ilmu pada kali ini ialah:
- Definasi kamera
- Asas Fotografi
- memahami Aperture & penggunaannya
- memahami Shutter & pengunaannya
- Memahami penggunaan manual mode
- Memahami ISO ( International Standard Organization)
- Memahami penggunaan slow shutter (BULB)
- Memahami Panning
- Memahami Lensa
- Memahami DOF (Depth of field)
- Memahami Exposure
- Memahami Silhouette
alhamdulillah walaupun dalam keadaan masa yg singkat kami sempat juga mengadakan sesi praktikal silhouette dan panning di luar kawasan rumah beliau yg berhadapan dgn jalan raya.

semoga dengan perkongsian ILMU itu akan memberi manfaat kepada Nur Aida peserta personal coaching kali ini.

saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta PERSONAL COACHING kali ini kerana memilih Mohar photovideo sebagai tempat utk anda menimba ilmu fotografi.

yang pastinya perkongsian ini akan memberi manfaat kepada saya dan juga anda..dengan Ilmu yg diterima dan bayaran yuran yg dikenakan ianya SEMEMANGNYA BERBALOI.

yang ikhlas,
Mohar Photovideo

Tuesday, August 2, 2011

Hari Raya 2011 adalah Raya bersama VIDEO RAYA..!



Assalamulaikum...

Alhamdulillah kita dapat bertemu dengan Ramadhan sekali lagi tahun ini. Walaupun kita baru berpuasa, perancangan untuk hari raya sudah pasti dah bermain dalam fikiran anda.

Saya pasti anda awal-awal lagi sudah tempah baju raya. Jika sekarang baru nak tempah... dah terlambatlah. Rasanya semua kedai dah tak terima lagi tempahan. Maklumlah mereka perlu masa untuk siapkan baju raya yang sudah ditempah sejak 2 bulan lepas.

saya ingin berkongsi dengan anda tentang suatu program terbaru..yg agak menarik..PROGRAM VIDEO RAYA.Program ini baru dilancarkan pada hari ini

Sahabat saya, Shawal & Diyana, baru sahaja memberitahu saya tentang TAWARAN LUAR BIASA yang mereka sedang jalankan.

Namun mereka buka tawaran ini untuk 200 tempahan terawal sahaja!

Sama macam kes baju hari raya, mereka memerlukan masa untuk menyiapkan video raya yang pelanggan tempah.

Saya cadangkan anda cepat-cepat buka link ini:

dan buat tempahan secepat mungkin!

Saya tidak terkejut jika 200 tempahan akan habis dalam masa beberapa hari sahaja!!

Siapa cepat dia dapat! Jangan gigit jari tau...


Salam Ramadhan,
Mohar Photovideo